Sunday, January 11, 2009
Thursday, January 8, 2009
Pengenalan
Takrif
Lukisan kejuruteraan adalah bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan sebagai media utama dalam bidang kejuruteraan. Ianya merupakan mata pelajaran penting yang perlu dimahiri oleh setiap pelajar kejuruteraan, ia bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehinggalah keperingkat kerja-kerja penyelenggaraan. Sesuatu lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu. Kefahaman yang mudah tentang sesuatu lukisan kejuruteraan adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan sesuatu maksud atau menerangkan sesuatu yang diperlukan untuk sesuatu tujuan.
Sistem Penilaian
Penekanan yang diambil kira dalam sistem penilaian satu penghasilan kerja lukisan kejuruteraan adalah seperti berikut :-
Panduan menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas
Dalam melaksanakan kerja-kerja lukisan kejuruteraan, peralatan-peralatan berikut adalah diperlukan.
Nama Peralatan : Papan Lukisan
Diskripsi : Satu peralatan yang mempunyai permukaan rata dan sisi kedua-dua belahnya adalah bersudut tepat.
Ciri-ciri :

Nama Peralatan : Sesiku Segitiga
Diskripsi : Satu peralatan yang membawa sifat segi tiga tepat dan segitiga sama, di setiap 2 sisinya diletakkan skala seumpama pembaris.
Ciri-ciri :

Nama Peralatan : Pensel
Diskripsi : Peralatan yang mempunyai sebelah mata tajam yang diperbuat daripada karbon.
Ciri-ciri :

Nama Peralatan : Getah Pemadam
Diskripsi : Peralatan yang diperbuat daripada getah jenis lembut

- Ketepatan - ianya termasuk penggunaan kaedah yang betul, bentuk gambar rajah dan dimensi yang tepat.
- Kecepatan - ianya melibatkan penentuan penggunaan masa yang betul semasa melukis, meneliti perkara-perkara yang penting dan menganggarkan had masa yang diperlukan untuk setiap hasil lukisan.
- Kebersihan - ianya menitik beratkan kepada penghasilan lukisan yang kemas, bersih dan teratur untuk memudahkan pembaca memahami lukisan yang dihasilkan. Penggunaan alat yang betul, kedudukan lukisan yang sesuai dan kerja yang teratur ialah faktor utama yang menentukan kebersihan dan kekemasan sesuatu lukisan kejuruteraan.
Panduan menghasilkan sesuatu lukisan yang bersih dan kemas
- Pastikan meja lukisan serta alatan yang digunakan beradadalam keadaan bersih. Begitu juga dengan tangan si pelukis.
- Elakkan tangan atau siku terkena garisan yang telah dilukis.
- Jangan goreskan alatan lukisan pada garisan yang telah dilukis.
- Pastikan bahawa pemadam yang digunakan adalah sentiasa bersih.
- Jangan gunakan tangan untuk membersihkan sisa (partikel) pemadam, gunakan kain atau berus.
- Elakkan mengasah mata pensel di atas kertas lukisan.
- Kertas pasir yang digunakan untuk menajamkan hujung mata pensel hendaklah disimpan ditempat berasingan dari alatan lukisan yang lain.
- Kertas luisan hendaklah digulung atau ditutp dengan sesuatu sekiranya lukisan yang dibuat telahpun disiapkan.
Dalam melaksanakan kerja-kerja lukisan kejuruteraan, peralatan-peralatan berikut adalah diperlukan.
Nama Peralatan : Papan Lukisan
Diskripsi : Satu peralatan yang mempunyai permukaan rata dan sisi kedua-dua belahnya adalah bersudut tepat.
Ciri-ciri :
- Ia boleh didapati dalam berbagai saiz mengikut kegunaannya. Biasanya saiz yang digunakan andalah 60cm x 80cm dan sesuai digunakan untuk kertas lukisan A3 (420mm x 297mm).
- Ia diperbuat daripada papan jenis lembut dengan permukaan yang rata atau daripada bahan jenis lain seperti plastik dan logam.
- Permukaan papan lukisan serta bucu sebelah kanan dan kiri mestilah rata, lurus dan kemas.
- Kertas lukisan diletakan diatas permukaannya dengan menggunakan pita perekat atau pin klip.
Nama Peralatan : Sesiku -T
Diskripsi : Satu peralatan yang mempunyai kepala dan bilah yang bersudut tepat diantara satu sama lain serta mempunyai skala pada bilahnya.
Ciri-ciri :
- Ia boleh didapati dalam berbagai ukuran dan saiz yang berlainan bagi panjang bilahnya iaitu dari 60cm, 90cm, 120cm dan 150cm.
- Ia diperbuat daripada kayu atau plastik tebal.
- Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kepala dan bilah dimana kedua-dua kepala dan bilah ini hendaklah dipasang secara bersudut tepat diantara satu dengan yang lain.
- Bahagian tepi bilah mestilah dalam keadaan rata dan lurus kerana ia amat penting semasa digunakan untuk melukis.
- Ia digunakan bersama-sama papan lukisan dalam keadaan mengufuk dimana bahagian kepalanya berada pada bahagian tepi papan lukisan dan mudah digerakkan/digelongsorkan secara rapat pada papan lukisan supaya hasil garisan yang diperolehi adalah tepat.
- Selain daripada melukis garisan, sesiku -T juga digunakan bersama-sama sesiku segitiga semasa melukis garisan condong, garisan tegak dan sudut.

Nama Peralatan : Sesiku Segitiga
Diskripsi : Satu peralatan yang membawa sifat segi tiga tepat dan segitiga sama, di setiap 2 sisinya diletakkan skala seumpama pembaris.
Ciri-ciri :
- Ia diperbuat dari bahan lut sinar seperti plastik.
- Lazimnya ianya didapati dalam dua bentuk iaitu 45° dan 30° dan berbentuk segitiga.
- Ia digunakan bersama-sama dengan sesiku-T semasa melukis.
- Pada bahagian tepi sesiku biasanya terdapat ukuran yang ditanda dengan ukuran metrik dimana ia boleh digunakan untuk mengukur panjang.

Nama Peralatan : Pensel
Diskripsi : Peralatan yang mempunyai sebelah mata tajam yang diperbuat daripada karbon.
Ciri-ciri :
- Terdapat 2 jenis pensil yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan iaitu pensil kayu dan pensil teknikal atau dipanggil pensil isian.
- Mata pensil boleh diperolehi dalam pelbagai jenis iaitu keras, sederhana keras dan lembut dan kegunaannya juga adalah berlainan mengikut jenis matanya.
Tahap kekerasan mata pensel dan jenisnya
KERAS (9H, 8H, 7H, 6H, 5H dan 4H)SEDERHANA LEMBUT (3H, 2H, H, F dan HB)
LEMBUT (B dan 2B)
Nama Peralatan : Getah Pemadam
Diskripsi : Peralatan yang diperbuat daripada getah jenis lembut
Ciri-ciri :
- Getah pemadam terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna serta amat penting dalam lukisan dimana ia digunakan untuk memadam garisan atau lukisan yang dilukis dengan pensil.
- Getah pemadam yang berkualiti tinggi dapat memadam kesilapan pada lukisan tanpa memberi sebarang kesan kepada permukaan kertas.
bersambung....
Selamat Datang
Blog ini menyediakan bahan latihan tambahan kepada pelajar-pelajar modul A02-01-02. Sila gunakan blog ini dengan sebaiknya untuk peningkatan kemahiran anda. Segala permasalahan yang timbul semasa menggunakan blog ini hendaklah di e-mailkan ke adtecmlk.01@gmail.com terlebih dahulu dan penyelesaiannya akan dibentangkan di dalam kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)